Pengenalan



Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Selain menjadi tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman yang benar mengenai agama Islam.

Sehubungan itu, Surau Ibnu Khaldun SMK Seri Lalang  telah mengorak langkah satu pasukan dengan menyusun pelbagai program dan aktiviti sesuai dengan visi, misi dan matlamat Surau Ibnu Khaldun bagi memastikan pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Program-program seperti Program membudayakan Al-Quran, Solat berjemaah, Qiamullail, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti keagamaan kebanyakkannya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan suasana di surau.


0 comments:

Post a Comment

KEHEBATAN SAF PERTAMA DAN AZAN

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.”

(Hadis riwayat Bukhari).

DI MANA SAF ANDA??

“Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.”

(Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).

PENUHKAN SAF

“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka.”

(Hadis riwayat Muslim).

SAF HADAPAN

Nabi SAW ada mengatakan:

“Hadirilah solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun ia memasukinya.”

(Hadis riwayat Imam Ahmad).