Visi Dan Misi

VISI

Pusat Ilmu Membina Modal Insan Berkualiti Dunia & Akhirat


MISI

Merelisasikan Fungsi Surau sekolah Sebagai Pelengkap Pembelajaran Bagi Memupuk Nurani Pelajar Menuju Keredhaan Ilahi Melalui Pengajaran dan Pembelajaran, Ko Akademik dan Kokurikulum.


MATLAMAT

1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan fardu ain dan
  
    fardu kiyafah
2. Melaksanakan program-program penghayatan

    Islam seperti
a) Ceramah agama
b) Ma’al Hijrah
c) Majlis tahlil dan bacaan Yaasin
d) Maulidur Rasul
e) Israk Mikraj
f) Nisfu Syaa’ban
g) Semarak ramadhan
h) Lain-lain aktiviti berkaitan
3. Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran serta

    Amali Pend. Islam
4. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak

    berlawanan dengan ajaran al-Qur’an dan 
  
    al-Sunnah.


OBJEKTIF

1.  Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti 

keagamaan yang menarik dan berkesan.
2.  Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen

 dan sistematik
3.  Memupuk minta dan tabiat pelajar supaya rajin

 berada di surau dan memanfaatkan masa sebaik-

baiknya
4.  Melatih pelajar dengan kepimpinan dan

 syaksiyyah Islamiah yang unggul
5.   Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan

 keagamaan dan isu-isu semasa
6.  Mewujudkan surau mithali yang menekankan

 kepada budaya ilmu dan  pembinaan insan


Piagam Pelanggan


Pihak pengurusan surau beriltizam untuk menjadikan surau sebagai :
  • Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti  keagamaan.
  • Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
  • Memastikan surau sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa.
  • Memastikan semua pelajar muslim memperolehi ilmu fardhu ain yang sempurna.
  • Memaksimumkan pengggunaan surau untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal insan yang sempurna.

0 comments:

Post a Comment

KEHEBATAN SAF PERTAMA DAN AZAN

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.”

(Hadis riwayat Bukhari).

DI MANA SAF ANDA??

“Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.”

(Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).

PENUHKAN SAF

“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka.”

(Hadis riwayat Muslim).

SAF HADAPAN

Nabi SAW ada mengatakan:

“Hadirilah solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun ia memasukinya.”

(Hadis riwayat Imam Ahmad).