Program Lambaian Kaabah

Program ini telah dilaksanakan pada 30 Oktober 2012. Program selepas PMR ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 3. Ianya sebagai suatu pendedaham awal tentang ibadat haji yang akan mereka
pelajari nanti.

 Pelajar sedang mencuba memakai ihram


 Pelajar perempuan sudah siap memakai telekung



 Memungut anak batu untuk melontar di jamrah

Penerangan cara tawaf
Replika kaabah

0 comments:

Post a Comment

KEHEBATAN SAF PERTAMA DAN AZAN

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.”

(Hadis riwayat Bukhari).

DI MANA SAF ANDA??

“Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.”

(Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).

PENUHKAN SAF

“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka.”

(Hadis riwayat Muslim).

SAF HADAPAN

Nabi SAW ada mengatakan:

“Hadirilah solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun ia memasukinya.”

(Hadis riwayat Imam Ahmad).