«اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ،
وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ،
وَأَعُوذُ بِكَ
مِنْكَ، لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ»
رواه مسلم
Ya Allah,
sesungguhnya daku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu; dan
(berlindung) dengan keafiatanMu dari siksaanMu; dan daku berlindung denganMu
daripadaMu. Daku tidak mampu meluahkan segala pujian ke atasMu; kerana Engkau
sepertimana yang Engkau puji sendiri ke atas diriMu. (HR Muslim).
Maksud doa ini,
Ya
Allah, sesungguhnya daku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu; Keredha-an Allah swt adalah matlamat hidup mukmin,
hamba mukmin bergiat menjauhkan diri dari punca-punca kemurkaanNya. Manusia
terbahagi dua, golongan yang berbahagia adalah mereka yang kehidupannya
diredhai Allah. Sedang golongan yang merugi adalah mereka yang terjerumus ke
dalam kemurkaan Allah. Hamba yang menegakkan solat, shiyam, zikir, dan
lain-lain yang diredhai Allah adalah yang bergiat menjaga keutuhan amalan yang
mereka lakukan. Sedang si hamba yang terjatuh ke dalam kemurkaan Allah, tidak
bergiat menjauhi punca-punca ibadatnya terhapus dan terhebah, wal ‘iyazu
billah!!!
“dan
(berlindung) dengan keafiatanMu dari siksaanMu“ ‚Keafiatan’ adalah termasuk perkata-an Arab yang
telah diguna-pakai dalam bahasa Melayu. Dan termasuk perkataan yang terpenting di dalam
kehidupan mukmin. Oleh itu si mukmin digesa membaca dan berdoa dengannya semasa
solat (doa duduk antara dua sujud, waa’fini, berilah daku
keafiatan). Termasuk makna keafiatan ialah terhindar dari:
-
Segala penyakit
jasmani dan penyakit rohani.
-
Dosa dan
punca-punca dosa.
-
Punca-punca
penyebab iman jadi lemah.
-
Punca-punca
keberkatan harta benda dan usia hilang.
-
Suul khatimah
(kesudahan yg buruk).
-
Azab kubur, azab
padang mahsyar.
-
Dari azab
neraka...
-
Dll
Dalam pada itu ’seksaan Allah’ di
dalam doa pula adalah segala perkara yang bercanggah dengan ’keafiatan’
tersebut. Oleh itu jika si hamba tidak beroleh ’keafiatan’, ia akan terdedah
kepada ’siksaan’. Media elektronik pada masa kini adalah punca utama manusia
terjauh dari keafiatan dan terdedah kepada ’siksaan’. Dalam hal ini yang paling
anehnya ’seksaan’ jenis ini sangat selaras dengan kehendak nafsu jahat (ammarah
dan lawwamah), wal ’iyazu billah...
’dan daku berlindung denganMu daripa-daMu’. Ungkapan ini
mengandungi, doa, harapan, pengakuan, penyerahan, atau tawakal yang jitu,
bulat, dan sempurna kepada Allah. Bahawa si hamba memohon perlindungan,
penjagaan Allah, kerana segala peristiwa dan keadaan yang berlaku adalah dengan
ketentuan Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat berlindung (ni’mal maula wa
ni’man nasir). Sesiapa yang berlindung kepada Allah tidak akan memiliki
sebarang kerunsingan, kerana Allah telah cukup baginya (fahua hasbuhu).
‚Daku tidak mampu meluahkan
segala pujian ke atasMu’. Hal ini menunjukkan keagungan dan ketinggian Allah
yang tiada tara, (laisa kamislihi syaiun). Tidak ada manusia yang mampu
mengemukan pujian kepada Allah. Kerana hal ini adalah diluar keupayaan manusia.
Ungkapan doa ini adalah satu pujian yang tinggi. Bila si hamba mengatakan
bahawa ia tidak mampu memuji Allah Tuhan Yang Maha Tinggi, dan Yang Maha Agung,
bermakna ia memberikan pujian kepada Allah setinggi-tingginya.
‚kerana Engkau sepertimana
yang Engkau puji sendiri ke atas diriMu’. Hanya Allah sahaja yang tahu
akan hakikat sifat, kekuasaan, dan keagungannya. Ini juga termasuk pujian dan
sanjungan yang tinggi. Bila pujian yang tinggi seperti ini ditujukan kepada
Allah, sedangkan termasuk sifat Allah adalah, Maha Pemurah, Maha Penyayang,
Maha Pengampun, Maha Pemaaf, Allah lebih kasih kepada hambaNya dari si hamba
terhadap dirinya. Bila inilah hakikat dan maksud tujuan doa tersebut maka
sangat diharapkan doa yang merupakan induk segala doa ini didengar dan
dikabulkan oleh Allah swt. Maka patut benarlah Rasulullah mengajarkan doa ini
kepada kita, terutama semasa sujud dalam solat, khasnya solat tahajud, dan
solat-solat sunat lainnya. Tidak salah juga jika dibaca dalam doa harian. Doa
ini sangat sesuai bagi semua peringkat usia, terutama golongan veteran.
0 comments:
Post a Comment